Sederap langkah mula menapak,
Mula menginjak dari tapak
yang pada awalnya tampak
selesa.
Perjalanan ini kian ternampak,
Dari mata yang awalnya lena,
Satu demi satu rahsia ini
mula terbungkar.
Apakah ini tandanya
aku perlu merangkak ?
AH gila apa dalam kondisi ini
aku perlu berlari.
Tetapi ingat landasannya biar selari,
Jangan dek kerana nafsu jahil litarku
mula menjadi sesiri.
Dalam 365 hari yang ke depan ini,
Amanat ku mudah sahaja agar
semesta kali ini betul-betul berada
tatkala aku di lembah tunda.
Semoga kalian juga turut berada dalam
lindungan Tuhan !

0 Comments