TEROKA.
2024 menjadi saksi bahawa insan kerdil ini mahu menimba sebanyak mana pengalaman yang boleh diceburi. Tiap - tiap bait yang ada tatkala dia ini melakukan urusan pasti terselit satu pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan pelajaran dalam kehidupan. "Teroka" , satu frasa yang boleh aku gambarkan untuk tahun ini kerna insan ini mahu mencuba bagaimana erti kesusahan itu. Namun, apa yang boleh kusimpulkan kesusahan ini satu terma yang bebas ditafsir makna kata tiap peringkat kehidupan setiap manusia mempunyai kepayahan yang tersendiri dan kadang perkara itu sukar ditafsir oleh orang lain. Tafsiran itu pada akhirnya kita boleh berkongsi ketika mana tangan kita menadah tangan dengan terbuka pintu hati serta mengikhlaskan diri. Pada akhirnya beban yang dipikul itu pasti dipermudah dalam pelbagai cara. Maka di halaman baharu nanti insan ini berharap agar kita semua berada dalam lindungan Tuhan dan tiap-tiap hajat yang tersorok itu dapat terbuka seluas-luasnya !

0 Comments