Sederap perjalanan untuk tahun 2024 ini aku menyaksikan dua peristiwa penting dalam hidupku. Pertama ialah saat aku menggenggam segulung sijil SPM menandakan zaman persekolahan aku sudah tiba di garisan penamat. Kedua pula adalah transisi dari alam persekolahan ke alam universiti dan bergelar seorang mahasiswa. Di mana tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa ini lebih berat untuk dipikul kerana ini soal masa depan kau serta hala tuju sebenar hidup kau. Alhamdullilah, setelah meneliti dengan baik aku ni bukanlah seorang budak yang suka akan disiplin ilmu sains maka akan aku mengundurkan diri daripada terlibat dengan kancah ini. Maka, aku tetapkan semula pendirianku di mana dalam 10 tahun yang akan datang aku ingin meletakkan diriku ini di mana? Adakah sebaris dengan pemimpin-pemimpin hebat, ataupun sekadar berada di takuk pertengahan sahaja. Di saat itu, aku mula melakukan sedikit refleksi diri untuk mengetahui sejauh manakah potensi diri ini. Setelah itu, aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM Seremban 3 dalam kursus Diploma Pentadbiran Korporat. Setakat ini untuk perjalanan semester 1 aku masih bisa berdiri di atas kaki sendiri cumanya ialah kan untuk membiasakan diri dengan format dan suasana universiti ini kira mengambil masa sikitlah. Cuma apa yang ku harapakan dalam perjalanan pendidikan ku ini biarlah sentiasa membuka hatiku untuk belajar dengan segala jenis ilmu sama ada dari segi formal ataupun tidak formal yakni ilmu kehidupan itu sendiri. Perjalanan untuk membentuk seorang mahasiswa yang bersifat holistik itu memerlukan kesabaran dan iltizam yang jitu. Fokus utama aku di sini adalah untuk memperluaskan lagi jaringan sosialku agar tidak menjadi katak di bawah tempurung. Namun, pesanku biarlah "circle" yang kita pilih itu mempunyai hala tuju dan goal yang sama seperti kita supaya dorongan rakan-rakan itu akan memudahkan lagi proses kita. Maka tiada apa yang saya pinta jika ada rezeki kita bertemu di tahun 2025 dengan harapan Allah merahmati dan memberkati perjalanan ini. Semoga tahun 2025 ini menjadi satu platform buat kita supaya terus berkembang dan bergerak maju untuk ke depan !


0 Comments