Ad Code

Responsive Advertisement

2023 : Tahun Terakhir Remaja

 




Detik-detik ini kian menghampiri
Masa masih kekal berahsia
Tiap detik yang dirungkai bersama
menjadi jawapan buat kita
Namun peristiwa menjadi alat
untuk menjadi penyeri dalam garis masa.

Manusia semakin gila
pelbagai karenah yang muncul
Mereka semakin suka bermain dengan darah
Ini tugas kita bagi yang masih lurus
menadahkan tangan tanda mendahagakan doa
Kerana itu menjadi kelaziman kita.

Tahun silih berganti
Iman di hati perlu dikukuhi
Kita mohon bersama agar
semakin dijauhi
dengan segala ancaman
mahupun bisikan yang memukaukan.

Yang terakhir ini
Kita beranjak dewasa
Gelaran remaja yang dipinjamkan ini
Sudah tiba tamat tempoh
Tanda soal mula melukis di dalam kepala
Adakah aku sudah bersedia untuk menempuhi
likuan hidup yang sebenar ?

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement