Ad Code

Responsive Advertisement

Ulasan Karya Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad




Secara rangkumannya , saya boleh simpulkan bahawa penulis sebenarnya ingin menyampaikan keadaan semasa dan masa depan parti politik Malaysia yakni Barisan Nasional atau lebih tepat perjuangan parti UMNO itu sendiri. Beliau mencoretkan pelbagai peristiwa serta pengalamannya dalam mengendalikan tadbir urus negara serta cabaran yang dihadapinya dalam membangunkan negara Malaysia. 


Beliau menerokai hitam-putih politik antara "lama" dan "baharu", membincangkan nilai-nilai politik negara dari segenap perspektifnya serta pendekatan kepimpinan telah berubah dari semasa ke semasa. Tambahan lagi, beliau mendalami dari setiap penjuru pengalamannya, bekongsi strategi tentang pengajarannya semasa mengharungi landskap politik yang kompleks, termasuklah salah satu peristiwa yang tidak boleh dilupai oleh beliau sendiri yakni perbincangan yang kontroversi antara beliau bersama dengan Tun Dr. Mahathir. Hujah beliau menawarkan kedua-dua perspektif sejarah dan idea yang berpandangan ke hadapan tentang bagaimana politik harus berkembang untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik.


Kekuatan pada buku ini sebenarnya terletak pada pandangan jujur yang dilontarkan oleh beliau. Setiap satu cerita beliau pasti mengingatkan kita bahawa untuk menjadi pemimpin yang holistik sebenarnya bermula daripada memperolehi kepercayaan rakyat itu sendiri. Jika "mereka" arif dalam mencipta janji namun tidak melaksanakan janji tersebut nescaya tergolonglah dalam golongan munafik. Kepada mereka yang menagih inigin menjadi seorang pemimipin maka buku ini khas dijadikan sebagai rujukan. Akhirul kalam, moga kita semua menjadi manusia yang jujur dan amanah dalam memikul setiap tanggungjawab yang diperoleh !


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement